Anwar Lihat Kerajaan Lemah Sebab Tak Lanjutkan Moratorium Yang Tamat Hari Ini

Posted on Wednesday, September 30, 2020 | 9/30/2020



Esok 1 Oktober 2020, tiada lagi penangguhan bayaran balik pinjaman bank atau moratorium yang diberikan kerajaan sebelum ini untuk meringankan beban rakyat Malaysia dalam menghadapi Covid-19.

Dalam pada itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menunjukkan rasa kecewa kerana kerajaan tidak melanjutkan moratorium pinjaman 3 bulan yang digesa pembangkang.

Menurut laporan terkini, bank-bank secara umumnya menghubungi seramai 1.4 juta peminjam, di mana sejumlah 380,000 daripada angka tersebut telah memohon untuk lanjutan pinjaman dan bantuan kewangan. Daripada 380,000 itu, sebanyak 98 peratus telah diberikan dokongan kewangan oleh institusi bank. Meski saya puji langkah tersebut, namun yang seharusnya diambil kira adalah terdapat 8.3 juta peminjam di Malaysia. - Katanya.

Anwar juga mempersoalkan pihak bank hanya dapat menghubungi 17 peratus sahaja peminjam untuk melanjutkan moratorium mereka.

Tidak cukup dengan itu, Anwar juga melihat keputusan yang dilakukan oleh kerajaan adalah lemah kerana telah meletakkan peminjam di bawah telunjuk institusi bank.

Ya, rasanya semua sedia maklum yang kita masih boleh memohon lanjutan moratorium sekiranya mengalami masalah seperti masih kehilangan pekerjaan sehingga tidak mampu membayar sebarang komitmen.

Jadi, apa pandangan korang tentang perkara ini?

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/30/2020

0 comments:

Loading...