Pemandu Toyota Camry Langgar Lari Dah Serah Diri

Posted on Tuesday, September 01, 2020 | 9/01/2020



Baru-baru ini viral dekat media sosial dimana sebuah kereta Toyota Camry tiba-tiba masuk ke lorong kecemasan dan bertembung dengan sebuah motorsikal. Menerusi Berita Harian, pemandu kereta tersebut telah serah diri di Balai Polis Gombak kira-kira 6.50 petang semalam.

Apa yang dapat kita lihat, dua mangsa yang menaiki motorsikal tu cuba mengelak dari melanggar kereta tersebut namun gagal. Trafik Pahang menerima laporan kejadian tersebut kira-kira jam 2.30 petang semalam yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Pemandu tersebut juga didapati teruskan jer perjalanan dan tidak memberhentikan keadaan walaupun dah merempuh motorsikal tersebut.

Kedua-dua mangsa yang menaiki motorsikal di hantar ke Hospital Bentong dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Hati-hati gais apabila berada dijalan raya, kadang-kadang kita tak buat salah pun boleh jadi mangsa kemalangan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca pemandu serah diri di Facebook Oh! Media.
Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/01/2020

0 comments:

Loading...