RM1,000 Untuk Isi Rumah B40, RM500 Untuk Bujang B40, RM600 Untuk Isi Rumah M40 & RM300 Untuk Bujang M40


Ini senarai penuh Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi dengan jumlah keseluruhan RM7 bilion.

1. RM1,000 untuk 3.7 juta isi rumah bagi kategori B40.

2. RM500 untuk 3.8 juta bagi kategori B40 bujang.

3. RM600 untuk 1.4 juta isi rumah bagi kategori M40.

4. RM300 untuk 1.7 juta bagi kategori M40 bujang.

Seperti yang dimaklumkan, mereka yang sebelum ini telah layak menerima BPN, tidak perlu membuat sebarang kemaskini atau permohonan baru kerana kerajaan akan menggunakan data lama.

Bagaimanapun, bagi mereka yang sebelum ini tidak layak menerima BPN, masih boleh melakukan rayuan atau lakukan permohonan baru.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media