'Sampai hati ibu buang bayi yang tak berdosa'

Posted on Monday, September 21, 2020 | 9/21/2020



Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemui tanpa pakaian dibuang di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, bayi berkenaan ditemui oleh orang awam pada jam 2 petang yang kemudian memaklumkan kepada pihak polis. 

"Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui diletakkan di atas kain dalam beg oleh penduduk kampung yang melalui kawasan itu. 

"Bayi perempuan itu kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Tenglu dan dimaklumkan dalam keadaan sihat dan cukup sifat," katanya. 

Mangsa dianggarkan baru berusia 24 jam dan status bangsanya juga tidak diketahui buat masa ini.

Bayi itu dirujuk ke Hospital Daerah Mersing untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro


Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 9/21/2020

0 comments:

Loading...