(Video) Koyak, 3 pelajar senior belasah junior kerana berang dipermainkan dengan gurauan belanja ayam goreng

Posted on Wednesday, September 09, 2020 | 9/09/2020



Seorang pelajar berusia 13 tahun dibelasah sekumpulan tiga remaja berusia 17 tahun yang tidak berpuas hati dengannya. 

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian itu berlaku di asrama lelaki sebuah sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan pada petang semalam. 

Mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kes itu kini sedang disiasat. 

"Berdasarkan keterangan awal mangsa, ketiga-tiga remaja berusia 17 tahun memukulnya kerana berang cuba mempermainkan mereka dengan gurauan untuk belanja makanan segera ayam goreng. 

"Kami sudah mengenalpasti dan membuat tangkapan terhadap semua individu terbabit," katanya. 

Berdasarkan video, mangsa yang berbaju merah hanya mendiamkan diri apabila disoal oleh suspek sebelum memukul bahunya sehingga terjatuh. 

Suspek kedua pula datang mengangkat mangsa, lalu menumbuk bahagian kanan badannya dan mangsa sekali lagi terjatuh kerana kesakitan. 

Suspek kedua sekali lagi mengangkat mangsa, lalu menyepak kakinya sehingga terjatuh buat kali ketiga.

Kejadian itu dirakam pula oleh suspek ketiga yang hanya mentertawakan mangsa dibelasah tanpa belas kasihan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro

Video: Info Roadblock JPJ/POLIS



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 9/09/2020

0 comments:

Loading...