Viral Budak 9 Tahun Bawa Proton Kebal, Polis Saman Bapa

Posted on Monday, September 07, 2020 | 9/07/2020



Kalau korang perasan, hari ni ada satu video viral dengan tajuk 'Handa orang Rombau haa' yang menunjukkan seorang budak lelaki sedang memandu Proton Saga.

Bertindak pantas, pihak polis Daerah Rembau telah berjaya mengesan pemilik kenderaan terbabit yang merupakan ayah kepada budak berusia 9 tahun itu.

Hasilnya, polis telah mengeluarkan saman mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APK 1987) terhadap pemilik kereta selepas didapati membenarkan kenderaan terbabit dipandu kanak-kanak di bawah umur.

Bertindak atas maklumat itu, polis menjalankan siasatan dan berjaya mengesan kereta serta kanak-kanak terbabit. Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak yang berusia 9 tahun itu memandu kereta berkenaan tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya yang berlaku di Kampung Bongek, Rembau. - Kata Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam.

Pihak polis juga berharap agar masyarakat meneruskan keperihatinan seperti ini dan terus memaklumkan kepada pihak polis sekiranya melihat atau mempunyai maklumat jenayah.


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 9/07/2020

0 comments:

Loading...