10 Lokasi Ditutup & 5 Sekatan Jalan Raya Mulai Hari Ini Di Kawasan Klang

Posted on Friday, October 09, 2020 | 10/09/2020



Menurut laporan Harian Metro, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa pada hari ini di Mukim Klang sehingga 23 Oktober 2020. Pihak polis melaksanakan lima sekatan jalan raya (SJR) dan menutupi jalan di 10 lokasi. 

Pelaksanaan itu telah bermula tengah malam tadi yang membabitkan Klang Utara dan Klang Selatan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata terdapat tujuh penutupan jalan dan tiga sekatan jalan raya diadakan di kawasan Taman Sri Andalas dan Bukit Tinggi.

Antaranya Jalan Kim Chuan (berhadapan 99 Speedmart), Jalan Tun Dr Ismail, Persiaran Pegaga (berhadapan Restoran Subaidah dan Jalan Batu Unjur 9. Beliau juga mengatakan bahawa penduduk yang ingin keluar masuk ke kawasan Bukit Tinggi hendaklah mendapatkan surat kebenaran polis.

Jalan yang ditutup di hadapan Masjid Ar Rahimiah, Jalan Sri Siantan, Jalan Sri Siantan 41 dan Jalan Sri Damak 53.Tiada keperluan untuk mendapatkan surat kebenaran atau permit khas untuk pergerakan di kawasan lain setakat ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata terdapat dua sekatan jalan raya diadakan di Kampung Kuantan iaitu Jalan Bukit Kuda (Simpang Lorong Lintang Raksa 2) dan Jalan Bukit Kuda (Depan Emy Cookies & Food). Manakala jalan yang ditutup adalah Lorong Perak, Jalan Raksa 3 (Depan Jihas Bakery dan Jalan Raksa 4).

Orang ramai yang ingin keluar dan masuk ke Lorong Lintang Raksa 2, Jalan Raksa 3 dan Pangsapuri Bukit Kuda perlu mendapatkan surat kebenaran daripada balai polis bergerak dan khemah polis.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Bilik Gerakan Op Covid-19 di talian 03-32913344. Ingat, kita masih belum menang. Jangan lupa kerap membasuh tangan, menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka apabila berada di luar.

OHMEDIA: KLANG DAH ADA PKPB. SEMOGA KITA SEMUA DILINDUNGI ALLAH SWT.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/09/2020

0 comments:

Loading...