2 murid SK Bangsar disahkan positif Covid-19, berjangkit dari ahli keluarga baru pulang dari kenduri

Posted on Friday, October 09, 2020 | 10/09/2020


Dua murid perempuan di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar disahkan positif Covid-19 semalam. 


Perkara itu dimaklumkan oleh penjaga dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada sekolah pada jam 10.30 pagi Khamis.


Sehubungan itu, murid dan guru di dua kelas terbabit telah menjalani ujian saringan dan setakat ini tiada arahan penutupan sekolah. Tetapi sesi persekolahan petang ditangguhkan. 


Menurut Yang Dipertua PIBG sekolah, Mohd Yazid Mohd Yasin berkata, kira-kira 80 murid dari dua kelas Tahun Empat dan Lima dan 26 guru yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dua murid berkenaan telah menjalani 'swab test' semalam. 


Lapor Harian Metro, dua murid terbabit mendapat jangkitan daripada ahli keluarga mereka yang baru pulang dari menghadiri kenduri baru-baru ini. 


Ramai ibu bapa yang menyuarakan kebimbangan mereka dan tidak menghantar anak ke sekolah adalah dibenarkan untuk berbuat demikian, tetapi perlulah menghantar surat kepada pihak sekolah. Ini bagi memudahkan pihak sekolah memaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengenai jumlah kehadiran murid yang tidak memberangsangkan.


Buat masa ini, pihak sekolah masih menunggu arahan dari PPD dan Kementerian Pendidikan sama ada perlu atau tidak mengeluarkan arahan penutupan sekolah.


Sementara itu di Dungun, seorang pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Ismail disahkan positif Covid-19 dan arahan penutupan sekolah selama lapan hari dikeluarkan serta-merta. 


Pelajar Tingkatan Satu itu dipercayai berjangkit dari ahli keluarganya yang terbabit di Kampung Bemban, disahkan positif wabak itu kelmarin. 


Seramai 66 guru dan 832 pelajar serta kontak rapat kepada murid berkenaan akan menjalani ujian saringan.  


Sumber: Harian Metro



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/09/2020

0 comments:

Loading...