691 kes baharu positif Covid-19, 4 dilaporkan meninggal dunia

Posted on Tuesday, October 06, 2020 | 10/06/2020


Perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 691 kes baharu positif Covid-19 yang dilaporkan setakat jam 12 tengah hari 6 Oktober 2020.


Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata. 688 dari jumlah itu merupakan kes tempatan, manakala baki merupakan kes import. 


Angka itu juga menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 13,504. 


Dalam pada itu juga, 31 kes dirawat di ICU dan 8 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.


Lebih separuh dari jumlah kes iaitu 394 merupakan kes dari Kluster Tembok, Kedah di mana kesemua mereka terasing dari orang awam. Justeru, risiko penularan jangkitan adalah amat rendah dan terkawal.


Di Sabah, 219 kes adalah dari zon merah iaitu kawasan PKPB secara pentadbiran.


Statistik kematian akibat virus ini juga bertambah di mana sebanyak empat kes dilaporkan menjadikan jumlah terkini kes kematian adalah 141. 


Sementara itu, jumlah kes yang sembuh adalah 87 kes dan jumlah keseluruhan yang sembuh dari wabak ini 10,427. 


Sumber: Live Kementerian Kesihatan Malaysia




Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/06/2020

0 comments:

Loading...