'Cepatnya nak bakar mayat mangsa, nak cover 4 suspek kasta tinggi ke?' - Polis bakar mayat mangsa rogol tanpa izin keluarga

Posted on Thursday, October 01, 2020 | 10/01/2020


Mayat remaja perempuan berusia 19 tahun yang meninggal dunia akibat dirogol empat suspek lelaki kasta tinggi telah dibakar oleh polis tanpa keizinan dari keluarga mangsa. 


14 September lalu, mangsa dirogol empat suspek dan ditemui dalam keadaan lumpuh akibat kecederaan di leher dan tulang belakang. Mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi keadaannya bertambah teruk dan disahkan meninggal dunia semalam. 


Kes itu mencetuskan kemarahan orang ramai dan ditambah pula dengan tuduhan polis merampas mayat mangsa dan menjalankan upacara pembakaran tanpa meminta keizinan dari keluarganya. 


Menurut keluarga mangsa, mayat anak mereka dirampas pihak berkuasa sebaik tiba di perkampungan di daerah Hathras dan dibakar awal pagi Rabu, meskipun saudara mara serta penduduk kampung membantah tindakan mereka. 


Difahamkan, ahli keluarga mangsa menuntut mayat itu dibawa pulang ke rumah terlebih dulu agar semua waris boleh memberi penghormatan terakhir. 


"Kami merayu mereka membenarkan mayat mangsa dibawa pulang ke rumah, namun tidak diendahkan," kata abang mangsa. 


Ketua Polis, Vikrant Vir menafikan tuduhan itu dan menjelaskan upacara pembakaran mayat yang dilakukan pada jam 3 pagi itu dilakukan dengan keizinan keluarga mangsa. Malah pihaknya turut membekalkan kayu api bagi membantu upacara tersebut berjalan dengan lancar. 


Berbeza dengan kenyataan abang mangsa yang mendakwa Polis Hathras mengarahkan upacara itu diteruskan dan semua ahli keluarga mangsa dipaksa untuk ikut serta. 


Sumber: AFP, Harian Metro


LAPORAN BERKAITAN



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/01/2020

0 comments:

Loading...