Dah rembat kereta polis, suspek pergi jemput awek nak tunjuk kehebatannya

Posted on Sunday, October 25, 2020 | 10/25/2020


Seorang lagi suspek yang terbabit dalam kes curi kereta peronda (MPV) Honda Civic 1.8S milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara pada jam 9.15 malam Sabtu, 24 Oktober 2020, berjaya ditahan. 


Suspek berumur 28 tahun itu yang merupakan adik kepada suspek utama ditahan awal pagi tadi, ditahan selepas beberapa jam kemudian.


Baca laporan berkaitan: 'Ingat GTA V ke nak main rembat² kereta polis?!' - 2 ditahan, rembat kereta peronda PDRM (6 Gambar)


Siasatan awal mendapati, dua beradik itu menyamar sebagai anggota polis Bahagian Sumber Teknologi Maklumat masuk ke IPD Seberang Perai Utara dengan menaiki motosikal. 


Dua suspek itu turut membawa dua komputer riba dan bertemu dengan penyelia MPV yang bertugas kononnya mahu memeriksa dashcam kenderaan itu. Penyelia yang berpangkat sarjan itu tidak mengesyaki apa-apa dan membenarkan suspek membuat pemeriksaan. 


Setelah mendapat kebenaran, salah seorang suspek mengambil kunci dan memandu keluar sebuah kereta Peronda Honda Civic 1.8S itu keluar dari IPD. 


Baca laporan berkaitan: 'Kawan saya tak salah, dia diugut & diculik suspek menyamar sebagai polis' - Rakan tampil nafi suspek wanita terbabit dalam kes curi kereta polis


30 minit kemudian kenderaan itu didapati hilang setelah ia tidak dikembalikan dan usaha menghubungi dua suspek itu melalui walkie-talkie juga gagal. 


Suspek utama kemudian pergi ke Tasek Gelugor untuk menjemput teman wanitanya dan mahu menunjukkan kehebatannya yang berkemampuan merembat kereta peronda PDRM. Suspek turut merancang menyamun sebuah kedai runcit sebelum menuju ke Shah Alam. 


Kira-kira jam 2 pagi, polis berjaya mengesan dan menahan suspek lelaki dan perempuan di persimpangan lampu isyarat di Seksyen 9, Shah Alam. 


Semakan mendapati, dua beradik itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 kanun sama. 


Terdahulu, seorang wanita tampil mempertahankan bahawa suspek wanita yang ditahan itu tidak bersalah. Malah dia mendakwa rakannya itu telah diugut sebelum diculik oleh suspek di Tasek Gelugor sebelum kedua-duanya ditahan di Shah Alam awal pagi tadi.


Sumber: Harian Metro



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/25/2020

0 comments:

Loading...