'Datuk Seri' suspek utama sindiket pengubahan wang haram panjat pagar & lari dari SPRM

Posted on Tuesday, October 13, 2020 | 10/13/2020



Baru sahaja dibebaskan kelmarin, suspek utama kes sindiket pengubahan wang haram bergelar Datuk Seri dilaporkan telah melarikan diri. 


Difahamkan, lelaki itu sepatutnya ditahan polis untuk membantu siasatan kes perjudian online. Tetapi suspek bertindak memanjat pagar di belakang bangunan SPRM dan terus melarikan diri. 


"Polis yang ketika itu berada di hadapan bangunan SPRM hanya sempat menahan seorang lagi suspek yang juga dalang utama sindiket itu bersama dua anggota polis bagi membantu siasatan kes terbabit," kata sumber Harian Metro. 


Polis kini sedang giat mengesan suspek terbabit. 


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik ab Hamid berkata, pihaknya telah menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak perintah reman terhadap mereka semalam yang ditahan berhubung kes pusat panggilan membabitkan kegiatan perjudian online. 


"Kita akan tahan mereka semula bagi membantu siasatan berkaitan perjudian di daerah Cheras yang berkaitan dengan tiga individu ini. 


"Permohonan reman baharu akan dipohon supaya siasatan dapat dijalankan," katanya. 


Sumber: Harian Metro



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/13/2020

0 comments:

Loading...