'Dulu salahkan jemaah tabligh tak nak bagi kerjasama, bila kena ahli politik sendiri pandai pula bagi alasan elak kuarantin' - Bekas Kluster Tabligh

Posted on Saturday, October 03, 2020 | 10/03/2020


Statistik kes Covid-19 di negara menunjukkan peningkatan yang tinggi terutamanya keputusan semalam menunjukkan terdapat 282 kes baharu sejak virus itu mula menular di Malaysia. 


Umum tahu, peningkatan kes mendadak itu bermula dari mereka yang kembali dari Sabah selepas selesai Pilihan Raya Negeri Sabah yang juga pada ketika itu merupakan negeri yang banyak melaporkan kes positif. 


Baru-baru ini juga, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Yaakob memaklumkan, individu yang dilaporkan negatif selepas menjalani ujian saringan di lapangan terbang tidak perlu menjalani kuarantin 14 hari. 


"Balik dari Sabah kena swab test, tapi bukan 14 hari kuarantin. Lepas swab test boleh balik rumah. Sampai rumah dapat mesej beritahu keputusan negatif, lepas itu boleh terus ke Klinik Kesihatan tunjukkan keputusan dan you are free to go," katanya. 


Kenyataan itu menimbulkan pertikaian ramai pihak yang tidak berpuas hati kerana sepatutnya mana-mana individu yang baru pulang dari red zone adalah wajib menjalani 14 hari kuarantin.


Perkara ini juga membuatkan bekas kluster lain mula bersuara dan membandingkan arahan kerajaan yang meminta mereka dikuarantin wajib meskipun situasi sama. 


"Weiii!!! Aku kluster tabligh, negatif berkali-kali, simptom takde langsung, kena kuarantin 48 hari kot! Berkurung aku kat asrama universiti. Kenapa ahli politik ini tak perlu kuarantin pulak," kata Fakhrullah di Twitternya yang kini mendapat lebih dari 22 ribu retweet. 


"Tanyalah pakcik tabligh yang kena kuarantin. Berapa lama mereka kena kuarantin. Aku tanya kat area Gombak ni, rata-rata kuarantin lebih sebulan. Arahan tak jelas, tapi mereka tetap patuh, tetap kuarantin (sebab) nak tolong kurangkan kes. Ni politician? Apa yang mereka buat ni?!


"Ada dengar orang tabligh merungut, marah-marah kena kuarantin sebulan? Ada? Takde! Mereka dah penat kena kutuk masa tu, semua kecam, fitnah macam-macam kat tabligh. Jadi mereka patuh je la. 


"Kuarantin 14 hari pun tak nak ke. Dah masuk red zone tu pandai-pandai la kuarantin sendiri! Dulu salah tabligh, tabligh degil la, tak nak buat test la, lari la, tak bagi kerjasama la. Ini diri sendiri salah, pandai pula bagi alasan nak elak. B**** punya politician! 


"Aku buat Instastory kot setiap hari masa kuarantin. Ini surat kebebasan aku dari kuarantin lepas 48 hari. Day 43 tu sebab baru 43 hari PKP. Aku diarahkan kuarantin sebelum PKP start lagi. 12/3 aku kuarantin. 16/3 PKP start. Habis 29/4. 


"Apa yang aku marah, aku dah self quarantine 14 hari, masa ini Malaysia tak ready nak sambut Covid ni. Masa aku check ni, takde lagi swab test. Check luaran je dan doktor kata negatif sebab tak ada simptom. So aku rilek je la kuarantin 14 hari. 


"Selepas habis 14 hari, orang-orang tabligh diberi arahan untuk buat swab test. Aku pergi buat swab test. Dah dapat result, negative. Tapi kenapa pula KKM datang universiti aku bagi surat untuk tambah kuarantin 28 hari? 


"Aku okey je sebenarnya sebab masih hot kluster tabligh masa tu. Tapi aku tak puas hati la. First test aku negatif, kena tambah kuarantin 28 hari sedangkan aku dah siap kuarantin 14 hari. Yang baru ini, first test negatif, tak perlu kuarantin?! Dah kenapa pula mgitu? 


"KKM kata perlu adil, tapi tak adil pun sebenarnya. Cuba kekalkan je keputusan kuarantin 14 hari tu. Itu barulah adil untuk semua. Adil untuk yang lain yang perlu kuarantin walaupun negatif first test. 


"Aku patuth je la tambah lagi 28 hari tu. Kuarantin je la kat asrama uni tu. Dah habis 28 hari, buat swab test yang kedua, itu pun nak tunggu result kena enam hari.  Selepas 48 hari aku kuarantin, barulah aku dibenarkan keluar. Sepanjang masa aku negatif! 


"Point aku di sini, bukan aku merungut kena kuarantin 48 hari itu, tapi kalau rakyat boleh je hadap kuarantin lama-lama, kenapa politician ni 14 hari pun tak boleh? Lepas tu virus menular semula, menyusahkan rakyat. 


"Sekarang ni jemaah tabligh yang paling berhak untuk maki ahli politik. Mereka diburu, difitnah, dikecam, dimaki, dipersalahkan, kena hina sebab jadi punca Covid. Tapi nampak mereka (jemaah tabligh) maki tak? Tak sebab mereka tengah sibuk rancang untuk gerakkan dakwah sambil patuh SOP," katanya. 


Sumber: Twitter Fakhrullah



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/03/2020

0 comments:

Loading...