Guna Petikan Hadis Semasa Pertunjukan Fesyen Pakaian Dalam, Rihanna Dikecam Hebat Dengan Netizen!

Posted on Monday, October 05, 2020 | 10/05/2020



Apa dah jadi sebenarnya gais? Ohmedia ada dengar khabar angin yang mengatakan bahawa penyanyi antarabangsa, Rihanna dikecam hebat dengan netizen gara-gara menggunakan petikan hadis. Biar betul?


Menurut beberapa pengguna di laman Twitter, penyanyi yang popular dengan lagu Diamonds itu melakukan perkara tersebut semasa pertunjukan fesyen pakaian dalam miliknya iaitu Savage X Fenty yang diadakan baru-baru ini.


Ketika majlis itu berlangsung, ia memaparkan aksi model yang berpakaian seksi menari dengan berlatar belakangkan lagu remix berjudul Doom dengan menggunakan petikan hadis Nabi Muhammad SAW mengenai hari kiamat.

Lagu tersebut difahamkan telah dicipta oleh Coucou Chloe sejak empat tahun yang lalu. Apa yang lebih mengejutkan, lagu itu pernah digunakan pada tahun 2017 unntuk pertunjukan fesyen Fenty x Puma.

Walaubagaimanapun, ramai warganet mahu Rihanna membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai isu tersebut kerana sebelum ini dia juga pernah menyentuh sensitiviti umat Islam di seluruh dunia gara-gara terdapat model berhijab dalam iklan jenamanya.


OHMEDIA: BERANI BETUL DIA GUNA PETIKAN HADIS DALAM LAGU DIA.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/05/2020

0 comments:

Loading...