Jam Analog Boleh Dapatkan Features Seakan Jam Pintar Dengan Hanya Menggunakan Tali Jam Dari Sony Ini!

Posted on Monday, October 05, 2020 | 10/05/2020



Sony yang terkenal dengan produk konsol dan juga telefon pintar telah keluarkan tali jam yang dipanggil Wena 3 gais. Persoalannya, kenapa Sony tak keluarkan jam pintar je terus? 

Tali jam dari Sony ini dikeluarkan untuk digayakan dengan jam analog biasa. Apa yang menariknya, tali jam pintar dari Sony ini hadir dengan pelbagai features menarik seperti pengimbas nadi, penjejak tapak dan pelbagai lagi yang akan dipaparkan di bahagian bawah menggunakan skrin LCD. 


Seperti jam pintar lain, tali jam pintar dari Sony ni tidak terlepas untuk dapatkan notifikasi dari telefon pintar korang tau. Pergh! Betul lain dari lain Sony ni. Untuk bateri, ia dikatakan mampu bertahan sehingga 7 hari gais. 


Bagi sesiapa yang memakai jam analog, korang dah boleh dapatkan teknologi seperti jam pintar zaman sekarang ni dengan tali jam pintar dari Sony sahaja. Ia didatangkan dengan 3 pilihan material untuk digayakan iaitu getah, kulit dan juga logam. Sony ni memang terbaik!

Kredit: Sony | lowyat

+ Baca respon pembaca Sony keluarkan tali jam pintar di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/05/2020

0 comments:

Loading...