Jemaah Pertama Tiba Di Masjidil Haram Selepas Hampir 6 Bulan Sekatan Ibadat Umrah

Posted on Monday, October 05, 2020 | 10/05/2020



Akhirnya, jemaah pertama tiba di Masjidil Haram semalam selepas dikatakan lebih enam bulan ibadat umrah disekat akibat wabak Covid-19 yang berleluasa ini. Alhamdulillah, mesti jemaah tersebut bersyukur dan sangat seronok sebab bukan senang tau nak menjadi tetamu Allah untuk menunaikan ibadat disana, Ohmedia pun tumpang gembira. 

Menurut Harian Metro, dalam masa sehari akan ada sebanyak 10 kali pembersihan dan nyahkuman yang dilakukan di Masjidil Haram kira-kira 1,000 orang petugas. Mereka juga turut dilantik bagi memantau keadaan disana. 

Selepas membuat permohonan melalui aplikasi I’tamarna, lebih 1.8 bilion jemaah dibenarkan masuk ke sana pada jam 6 pagi tadi oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. Agaknya bila pula giliran kita untuk ke sana ya? Semoga kita juga turut menjadi tetamu Allah satu hari nanti.

Kredit: Harian Metro


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/05/2020

0 comments:

Loading...