Kejam! Mayat Wanita Disumbatkan Dalam Beg Pakaian

Posted on Tuesday, October 06, 2020 | 10/06/2020



Menerusi laporan Harian Metro, satu beg besar berwarna hitam ditepi jalan yang mencurigakan orang awam terjawab dan polis mendapati ada mayat seorang wanita didalamnya. Kejadian berlaku di Jalan Aman, Sibu pagi tadi.

Pada awalnya, beg yang berada di tepi jalan itu ditemukan orang awam dan kemudiannya terus melaporkan kejadian itu kepada pihak polis kerana ia kelihatan sangat mencurigakan kira-kira jam 6.45 pagi tadi. Setelah itu, anggota polis terus pergi ke tempat kejadian dan melakukan pemeriksaan ke atas beg berkenaan.

Identiti mayat wanita yang dijumpai itu masih belum dikenalpasti dan akan telahpun dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu untuk dibedah siasat kata Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca mayat seorang wanita dijumpai dalam beg di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/06/2020

0 comments:

Loading...