Kisah Seram Lebuhraya Karak Kekal Misteri & Legend, Tak Sangka Rupa-Rupanya...

Posted on Wednesday, October 07, 2020 | 10/07/2020



Bermacam versi kisah seram pernah kita dengar apabila menyebut tentang Lebuhraya Karak. Kisah-kisah misteri ini juga bukan sahaja disampaikan dari mulut ke mulut, malahan turut difilemkan pada 2011 oleh adik-beradik KRU sehingga pecah panggung meraih RM4.28 juta.

Sejauh mana kebenaran atau kesahihah cerita seram di lebuhraya itu tidak dapat dipastikan sehinggalah hari ini. Hanya mereka yang benar-benar mengalaminya dapat memastikan ianya benar atau rekaan semata.

Volkswagen kuning tanpa pemandu

Antara kisah hantu paling legend adalah mengenai kelibat kereta Volkswagen kuning yang akan kelihatan di lebuhraya ini namun tidak boleh dipotong. Jika dipotong, kereta misteri itu akan muncul di hadapan, tanpa pemandu... 

Kisah ini dipercayai berlaku setelah seorang isteri curang telah membunuh kejam suaminya dan merampas Volkswagen kuning si suami. Si suami dikatakan menyimpan amarah dan dendam mendalam dan bertekad merampas kembali miliknya.

Panggilan telefon misteri ke stesen radio


Turut menjadi bualan adalah mengenai panggilan telefon misteri dibuat ke sebuah stesen radio yang mempunyai segmen cerita seram pada tahun 90-an. Dikatakan seorang pemanggil menceritakan pengalamannya ditimpa kemalangan tragik. Kereta dipandunya terbabas menjunam ke gaung bersama isteri, ibu bapa dan anak mereka.

Pemanggil meluahkan rasa sedih apabila seluruh keluarganya maut di tempat kejadian. Pemanggil juga mengatakan dia melihat dirinya dijemput ajal. Panggilan diakhiri dengan hilaian tawa menyeramkan sebelum tiba-tiba terputus.

Keesokannya, berita melaporkan kemalangan maut menimpa sebuah keluarga, sama seperti diceritakan pemanggil misteri malam sebelumnya! 

Kisah-kisah seram ini disampaikan dari generasi ke generasi, tersebar dalam kalangan kita dan menjadi sebahagian dari urban legend yang masih tak terungkai kisah disebaliknya.

Mahu alami sendiri kisah misteri Lebuhraya Karak?

 

Siapa sangka, kisah-kisah misteri ini rupanya boleh dirasai dan dialami sendiri buat korang yang berhati kental! The Livescape bersama HITMAN Solutions membawakan ICEBOX (In-Car-Experience) KARAK: Haunted Highway untuk korang yang menikmati detik seram 'diganggu' dan 'disakat' entiti paranormal yang menjadi bualan selama ini. 


Rasai sendiri pengalaman detik cemas mendebarkan dengan paparan LED berpanorama menyeluruh sambil berada di dalam kereta korang. Selain itu, lakonan secara langsung ala teater turut ditampilkan untuk memberi feel lebih real. Cukup kentalkah korang untuk hadapi pengalaman ini? Yang penting, semuanya akan dijalankan berdasarkan kepatuhan ketat kepada prosedur operasi standard.


KARAK: Haunted Highway berlangsung seperti butiran di bawah: 

Masa: 11.30 pagi - 11.30 malam

Tarikh: 28 Oktober 2020 - 8 November 2020

Tempat: The Marqe, KLCC

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, lawati web site ICEBOX SEKARANG!


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/07/2020

0 comments:

Loading...