Liverpool Terlepas Satu Piala, Tewas Kepada Arsenal Menerusi Sepakan Penalti

Posted on Friday, October 02, 2020 | 10/02/2020


Arsenal berjaya membalas dendam kepada Liverpool selepas menang 5-4 menerusi sepakan penalti untuk layak ke suku akhir Piala Carabao. Untuk pengetahuan korang, minggu lepas Arsenal tewas kepada Liverpool 3-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

 

Dalam perlawanan pusingan keempat Piala Carabao yang berlangsung di Anfield awal pagi tadi menyaksikan Liverpool lebih banyak menguasai bola serta melakukan 16 percubaan. Walaubagaimanapun, ketangkasan Leno berjaya menggagalkan segala usaha The Reds untuk mendapatkan gol.

 

Perlawanan terpaksa diheret sehingga penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. Pemain muda Arsenal, Joe Willock menjadi hero selepas menyempurnakan sepakan penalti kelima untuk memastikan kemenangan mutlak The Gunners.

 

OHMEDIA: NAMPAKNYA MISI ARSENAL UNTUK MEMBALAS DENDAM DI ATAS KEKALAHAN TEMPOH HARI SUDAH TERCAPAI

+ Baca respon pembaca Liverpool terlepas satu piala, tewas kepada Arsenal menerusi sepakan penalti di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/02/2020

0 comments:

Loading...