'Maafkan saya' - Edit gambar Dr Noor Hisham tak berseluar ketika broadcast live, MGAG mohon maaf

Posted on Tuesday, October 06, 2020 | 10/06/2020


Umum tahu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kini sedang menjalani kuarantin di rumah berikutan beliau turut menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu lalu yang turut dihadiri oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif Covid-19. 


Keadaan itu tidak menjejaskan tanggungjawabnya melaporkan perkembangan terkini semasa situasi Covid-19 kepada rakyat Malaysia melalui laman sosial.


Dan petang tadi, dapat dilihat Dr Noor Hisham melakukan sidang media itu dengan lancar tanpa kehadiran petugas media. 


"Kita boleh mengadakan sidang media secara maya setiap hari dan saya tetap akan menjawab soalan daripada media," katanya. 


Namun demikian, usaha Dr Noor Hisham itu dijadikan sebagai bahan lawak oleh salah seorang pengendali laman Facebook MGAG yang menyunting gambar Dr Noor Hisham membuat siaran langsung itu di rumah dengan hanya memakai pakaian separuh badan. 


Bagaimanapun, gambar yang mungkin dianggap lawak oleh tukang edit itu dikecam teruk oleh netizen. 


Menyedari banyak reaksi negatif dari netizen, MGAG kemudian segera memadamkan gambar tersebut dan tukang edit gambar itu tampil membuat permohonan maaf. 



Dalam permohonan maaf itu, Jun Yang menjelaskan dia hanya sekadar mahu menyelitkan sedikit gurauan bagi mengurangkan situasi yang dirasakannya tegang.


Meskipun permohonan maaf telah dibuat, ada segelintir netizen yang menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan kerana bagi mereka gurauan seperti itu tidak sewajarnya dilakukan lebih-lebih lagi Dr Noor Hisham merupakan frontliner yang sepanjang masa bekerja untuk rakyat. 


Media sosial sepatutnya digunakan dengan baik dan jangan sesekali digunakan untuk memuat naik sebarang kandungan yang boleh dikategorikan menyakiti hati sehingga menyebabkan diri menerima akibatnya di kemudian hari.


Sumber: Facebook



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/06/2020

0 comments:

Loading...