Mayat wanita ditemui disumbat dalam bagasi di tepi jalan Sibu

Posted on Tuesday, October 06, 2020 | 10/06/2020


Mayat seorang wanita ditemui di dalam sebuah bagasi yang dibuang di tepi jalan.


Difahamkan, bagasi itu ditemui oleh orang awam pada jam 6.45 pagi Selasa (6/10/2020) di Jalan Aman, Sibu, Sarawak lalu dilaporkan kepada pihak polis. 


Sepasukan polis bersama pasukan perubatan kemudian tiba di lokasi dan mendapati ada mayat seorang wanita yang sebahagian badannya berada di dalam bagasi tersebut. 


Mangsa dipercayai telah dibunuh di tempat lain dan dicampak ke lokasi kejadian. 


Berdasarkan gambar yang tersebar, mangsa memakai seluar hitam berbintik putih dan memakai baju berwarna kelabu.


Punca kejadian masih dalam siasatan polis. 


Sumber: Sibu Sarawak Page



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/06/2020

0 comments:

Loading...