'Menteri KPT sila letak jawatan!' - Pelajar IPT bengang KPT umum keputusan last minute buat ramai yang rugi

Posted on Friday, October 02, 2020 | 10/02/2020


Tindakan saat akhir Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan penangguhan semua sesi pendaftaran pelajar baharu dan lama secara fizikal dan kelas di institusi pengajian tinggi (IPT) diadakan secara dalam talian 100 peratus buat sementara waktu untuk semester akan datang, membuatkan ramai pelajar terkesan.


Ditambah pula, pengumuman itu dikeluarkan pada waktu ketika ribuan pelajar dari seluruh negara dalam perjalanan ke kampus masing-masing. 


Berdasarkan kenyataan KPT yang dikeluarkan pada tengah hari Jumaat 2 Oktober 2020, pihaknya sedar akan pandangan dan kebimbangan pelajar dan ibu bapa serta masyarakat susulan peningkatan kes Covid-19 yang terlalu ketara, beberapa hair sebelum pengambilan pelajar baharu di universiti dan kolej. 


"KPT mencadangkan kepada semua IP untuk menangguh dahulu pendaftaran secara fizikal/bersemuka pelajar-pelajar baharu dan lama ke kampus. 


"Semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilaksanakan secara dalam talian, begitu juga aspek pengajaran dan pembelajaran sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat. 


"Bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus masing-masing. Pihak IPT diminta membantu segala keperluan yang diperlukan oleh kumpulan pelajar ini. 


"KPT juga telah mengambil langkah profaktif berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi memohon mempertimbangkan penjadualan semula penerbangan pelajar-pelajar pulang ke kampus, khususnya bagi mereka yang telah membeli tiket penerbangan pulang ke IPT masing-masing. 


"Hasil rundingan tersebut, syarikat-syarikat penerbangan telah bersetuju untuk menjadualkan semula penerbangan pelajar sehingga 31 Disember 2020," kata kenyataan itu.


Pengumuman pada saat akhir KPT itu ternyata mengejutkan ribuan pelajar yang kini sedang meluahkan kemarahan mereka di media sosial. Lebih teruk lagi, tanda pagar (hashtag) #MenteriKPTsilaletakjawatan juga kini trending di laman Twitter sejak pengumuman itu dibuat. 


Banyak pelajar yang terkesan memuat naik luahan ketidakpuasan hati mereka kerana terpaksa pulang semula dan ada yang terpaksa mencari penempatan sementara serta mencari pihak yang sudi menumpangkan mereka pulang ke rumah masing-masing. 




Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/02/2020

0 comments:

Loading...