Pakistan Haramkan TikTok Untuk Benteras Kandungan Tak Bermoral, YouTuba Akan Datang!

Posted on Saturday, October 10, 2020 | 10/10/2020



Nampaknya semakin banyak negara yang akan mengharamkan aplikasi TikTok ini selepas melihat kewujudannya membawa lebih banyak masalah sosial beranding kebaikan atau tujuan asalnya untuk menunjukkan bakat individu dalam membuat video. 
 
Ini apabila, negara Pakistan juga mengumumkan yang mereka telah mengharamkan aplikasi popular TikTok itu bagi membenteras kandungan tidak bermoral. 
 
Keputusan pengharaman aplikasi ini dilakukan pada hari Jumaat lepas (9 Oktober 2020) setelah melihat ramai golongan muda mula terikut-ikut menunjukkan aksi tidak sepatutnya. 
 
Selain TikTok, Pakistan turut mengharamkan aplikasi Tinder dan Grindr. Tidak cukup dengan itu, pihak kerajaan Pakistan turut mengancam untuk mengharamkan aplikasi YouTube. 
 
Pihak Berkuasa Telekomunikasi Pakistan mendakwa TikTok gagal untuk mematuhi dua amarannya bagi menyekat kandungan yang tidak bermoral dan lucah. - Katanya. 
 
Jadi apa pula pandangan korang mengenai perkara ini? Bagi kami, Malaysia turut perlu memantau semua content yang dikeluarkan pengguna agar ia tidak melampaui batas yang akhirnya akan merosakkan golongan muda di negara ini.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/10/2020

0 comments:

Loading...