Pembaharuan Lesen Kereta & Motosikal Persendirian Boleh Dilakukan Secara Online Tak Lama Lagi

Posted on Friday, October 02, 2020 | 10/02/2020



Mesti susahkan kalau nak pergi ke JPJ semata-mata nak renew lesen memandu, tambah lagi sekarang ni kita kena jaga penjarakkan sosial disebabkan pandemik yang berlaku. Kalau korang nak tahu, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) baru je mengumumkan yang kita semua boleh renew lesen secara online je gais.

Di peringkat awal ini, Lesen Kenderaan Motor (LKM) persendirian boleh diperbaharui secara online bermula 9 Oktober nanti melalui platrform MyEG gais.Pergh! Memang senang nak sekaligus menjimatkan masa kita semua.

Bukan tu jer, bagi yang memegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) pula boleh renew lesen korang tu bermula 16 Oktober ini di platform yang sama iaitu MyEG. Terbaiklah kerajaan, ia juga dibuat bagi mengelak penutupan kaunter JPJ yang terganggu disebabkan pandemik yang berlaku.

Kredit: Facebook JPJ

+ Baca respon pembaca pembaharuan lesen memandu secara online di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/02/2020

0 comments:

Loading...