Sarah Hildebrand buka tudung, Neelofa pula kini berniqab

Posted on Friday, October 16, 2020 | 10/16/2020


Keputusan pelakon Sarah Hildebrand membuka tudung mengejutkan ramai terutama peminatnya apabila dia memuat naik gambar dirinya tidak bertudung dengan suami, Otto Gillen, di Instagram kelmarin. 


Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 30, ketika dihubungi wartawan Berita Harian, berkata, dia mempunyai alasannya tersendiri untuk tidak lagi memakai tudung. 


"Ada sebab kenapa saya membuat keputusan ini. Kita tidak tahu apa yang dilalui setiap manusia termasuk saya sendiri," katanya yang turut berterima kasih kerana netizen tidak terus menghukumnya. 


Otto juga dikatakan menyokong keputusan isterinya itu dan meminta mana-mana pihak tidak menghubunginya. 


Sementara itu, pengacara Noor Neelofa Mohd Noor, 31, mengesahkan dirinya mula berniqab selepas memuat naik gambar penampilan terbarunya di Instagram. 


"Assalamualaikum, doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari. 


"Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi. Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsanNya," katanya memetik laporan dari Berita Harian


Neelofa juga memaklumkan, ibunya menyokong keputusannya untuk berniqab. 



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/16/2020

0 comments:

Loading...