'Saya minta semua rakyat bertenang' - Anwar dijadualkan menghadap Agong Selasa depan

Posted on Thursday, October 08, 2020 | 10/08/2020


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah pada Selasa 13 Oktober ini. 


Anwar berkata, beliau akan mempersembahkan dokumen yang kukuh dan menyakinkan senarai Anggota Parlimen yang menyokongnya untuk menubuhkan kerajaan baharu.


"Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah diberi keafiatan daripada kegeringan baru-baru ini.


"Sehubungan itu, saya ingin menjunjung kasih kerana Kebawah Duli Tuanku telah memperkenankan untuk saya mengadap pada Selasa, 13 Oktober 2020, InsyaAllah," katanya dalam kenyataan yang baru saja dimuat naik di laman Facebook rasminya tadi. 


Dalam pada itu, Anwar juga meminta rakyat Malaysia bertenang, menjaga kesihatan masing-masing dan terus berdoa dari rumah atau tempat kerja masing-masing serta mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.



23 September lalu, Anwar mendakwa mendapat sokongan untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. 


Bagaimanapun, pertemuannya bersama Yang di-Pertuan Agong pada Selasa tertangguh ekoran baginda dimasukkan ke Institut Jantung Negara.


Tidak berapa lama selepas itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga memaklum beliau menerima maklumat ramai Anggota Parlimen UMNO dan Barisan Nasional menyatakan sokongan terhadap Anwar. 


LAPORAN BERKAITAN



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/08/2020

0 comments:

Loading...