'Saya tak tau macam mana boleh kantoi, dia langsung tak menjerit' - Guru tahfiz kantoi cabul murid

Posted on Wednesday, October 14, 2020 | 10/14/2020


Seorang guru tahfiz di Palembang, Sumatera Utara, Indonesia nekad mencabul muridnya kerana tertarik dengan tubuh mangsa, meskipun suspek sudah berkahwin dan isterinya hamil 9 bulan. 


Lapor Sosok, kejadian itu berlaku di sebuah pusat tahfiz dan suspek, Wahyu Hidayat, 28, mengaku melakukan perbuatan tidak senonoh itu sewaktu dia mengajar mangsa mengaji. 


Suspek sebelum itu, sempat dibelasah oleh orang awam yang bengang dengan perbuatan kejinya itu dan dia mengakui itulah kali pertama dia mencabul mangsa, sejak masuk ke pusat tahfiz itu empat bulan lalu. 


"Ketika itu, hanya kami berdua sahaja di pusat tahfiz. Memang saya perhatikan dia kerana dia berbeza dengan murid yang lain," katanya.


Semasa memberi keterangan kepada polis, suspek mengakui telah meraba dada dan paha mangsa. Tetapi anak kecil itu di pandangan suspek, seperti tidak menyedari dirinya sedang dicabul.


"Saya tak tahu macam mana boleh kantoi sebab masa saya buat (perbuatan keji itu), dia langsung tidak menjerit dan melawan.


"Selepas saya pulang dari pasar, tiba-tiba ibu bapanya datang. Mungkin dia (mangsa) dah ceritakan kepada ibu bapanya," kata Wahyu. 


Difahamkan, Wahyu mengajar di pusat tahfiz itu sejak empat tahun lalu. 


Ketua Polis Daerah Sako, Rian Suhendi berkata, pihaknya telah menahan suspek di pusat tahfiz berkenaan. 


"Kejadian berlaku semasa suspek mengajar mangsa mengaji. Oleh kerana suara mangsa terlalu kecil, suspek kemudian berpura-pura mengajar teknik pernafasan.


"Di saat itulah suspek memegang perut mangsa hingga ke bahagian sensitif," katanya. 


Kes sedang disiasat dan suspek bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. 


Sumber: Sosok



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/14/2020

0 comments:

Loading...