SIti Sarah & Shuib Dipanggil SPRM

Posted on Friday, October 02, 2020 | 10/02/2020



Pasangan selebriti dan usahawan, Siti Sarah dan Shuib Sepahtu dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan lanjut bagi kes penggubahan wang haram berkaitan dengan perniagaan air yang dijalankan oleh mereka. Walaubagaimanapun, pihak pengurusan Indigital Music tampil memberi penjelasan.

Seperti mana berita yang tersebar sejak petang tadi, pihak kami ingin membuat penjelasan mengenai apa yang berlaku melibatkan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah Raissuddin yang telah dipanggil oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Buat masa ini pihak kami tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut kerana tidak mahu mengganggu siasatan pihak SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara kita. Untuk makluman hanya keterangan Shuib sahaja yang diambil oleh pihak SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya sahaja.

Namun apa yang kami dapat pastikan adalah kerjasama sepenuhnya telah diberikan kepada pihak SPRM untuk membantu siasatan. Setakat ini sahaja penjelasan yang dapat kami berikan berkenaan isu ini kerana pihak kami turut masih menunggu perkembangan selanjutnya dari pihak SPRM.

Semoga urusan mereka dipermudahkan. Ohmedia dengar cerita bukan diorang jer yang kena tetapi ada beberapa individu termasuk selebriti lain juga turut mempunyai kaitan dengan kes serupa yang mungkin akan dipanggil dengan SPRM.

OHMEDIA: AGAK-AGAK SIAPALAH YANG KENA LAGI KAN?

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/02/2020

0 comments:

Loading...