Suami isteri bergaduh, tinggalkan bayi bersendirian di rumah sehingga mati kelaparan

Posted on Thursday, October 29, 2020 | 10/29/2020


Seorang bayi di Mesir ditemui mati kelaparan setelah ibu bapanya meninggalkannya bersendirian di rumah berikutan perselisihan faham di antara mereka, mencetuskan kemarahan masyarakat di negara itu.


Dalam keterangan kepada pihak polis, bapa kepada bayi berusia empat bulan itu memaklumkan dia keluar bekerja selama beberapa hari dan ketika pulang ke rumah di Qaliubia, Kaherah, dia mendapati anaknya sudah berada dalam keadaan tidak bernyawa. 


Lelaki berusia 28 tahun itu menuduh isterinya melakukan kecuaian yang tidak boleh diterima sehingga menyebabkan kematian anak mereka. 


Siasatan awal polis mendapati, berlaku perbalahan di antara pasangan itu pada awal bulan Oktober. Insiden itu menyebabkan si isteri berusia 24 tahun bertindak melarikan dirinya ke rumah ibu bapanya. Sementara itu, si suami pula keluar bekerja selama empat hari berturut-turut.


Perbuatan pasangan yang tidak bertanggungjawab itu menyebabkan mangsa ditinggalkan sendirian selama empat hari sehingga mati kelaparan.


Ekoran kejadian itu, polis telah menahan pasangan terbabit untuk siasatan atas pertuduhan melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kematian anak.


Ramai yang mengecam pasangan terbabit di atas kecuaian mereka sehingga meragut nyawa anak yang tidak berdosa. Ada yang menggesa pihak berkuasa menggenakan hukuman mati terhadap mereka berdua yang dianggap sengaja membunuh mangsa. 


Sumber: Gulf News



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/29/2020

0 comments:

Loading...