Suami tampar isteri selepas ternampak kesan parut di bawah perut, tuduh wanita itu curang tetapi...

Posted on Saturday, October 24, 2020 | 10/24/2020


Malam pertama seharusnya menjadi detik yang bahagia bagi pengantin baharu. Tetapi dalam kes kali ini, detik itu menjadi pahit kerana kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. 


Dalam satu kes yang dialami sepasang pengantin baharu di China ini, si suami ternampak satu bekas pelik di perut isterinya semasa mahu menjalani malam pertama mereka.


Menurut laporan media tempatan pada September lalu, kisah ini dialami oleh Li Wei, 29, yang berasal dari sebuah kampung di China. Li Wei berkenalan dengan isterinya sejak setahun yang lalu. Namun disebabkan keluarganya mengalami masalah kewangan, mereka tidak dapat meneruskan hasrat untuk mendirikan rumah tangga. 


Li mengambil keputusan untuk bekerja dan mencari wang yang kemudian hasil simpannya kelak akan digunakan untuk berkahwin dengan teman wanitanya itu. 


Bagi merealisasikan impiannya itu, Li berhijrah jauh dari kampungnya dan dalam tempoh itu dia terpaksa menjalani hubungan jarak jauh dengan teman wanitanya. 


Selepas setahun kemudian, Li kembali ke kampungnya dan membina sebuah rumah. Tidak beberapa lama selepas itu, dia dan pasangannya pun berkahwin dan dibawa menetap di rumah baharu mereka. 


Namun pada malam pertama ketika pasangan itu mahu melakukan hubungan intim, Li terkejut apabial dia mendapati terdapat kesan parut di bahawa bawah perut isterinya. 


Tercengang melihat parut itu, Li terus membatalkan hasratnya dan menuduh isterinya pernah melakukan operasi c-zer. Lebih teruk lagi, Li menuduh isterinya menipu yang dia pernah mempunyai anak, bukannya seorang anak dara seperti yang dikatakannya sebelum ini. 


Li begitu marah dengan isteri. Tetapi isterinya menjelaskan parut itu bukan kesan pembedahan untuk mengeluarkan bayi tetapi bekas parut pembedahan usus suatu ketika dahulu. Jelasnya lagi, pembedahan pertama, luka itu mengalami jangkitan dan dia terpaksa menjalani pembedahan kali kedua. 


Malangnya, Li tidak menerima penjelasan itu kerana dia kononnya tahu parut itu adalah bekas parut pembedahan melahirkan anak. Li menuduh isterinya curang lalu membuat keputusan untuk meninggalkan isterinya. Malah dia sempat menampar wanita itu sebanyak dua kali. 


Keesokan paginya, Li mendapat panggilan dari isterinya yang telah meminta pengesahan dari pihak hospital mengenai parutnya itu. Hasilnya, dia dapat menunjukkan bukti tersebut dan hospital mengesahkan dia belum pernah melahirkan anak. 


Dalam masa yang sama, wanita itu menjelaskan dia tidak bersalah seperti yang dituduh oleh suaminya. Li kemudian menyesal dengan perbuatannya lalu memohon meaaf kepada isterinya.


Li pergi ke rumah mertuanya untuk berjumpa dengan isterinya dan berharap dia akan diampuni. Tetapi sebaik saja dia sampai ke rumah itu, Li diusir oleh bapa mertuanya. Li kini menyesal dan isterinya dikatakan mahu menuntut perceraian kerana kesilapan Li sendiri.



Sumber: Agensi



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/24/2020

0 comments:

Loading...