TERKINI! Istana Negara Sahkan Anwar Ibrahim Tidak Serah Bukti Sokongan Ahli Parlimen

Posted on Tuesday, October 13, 2020 | 10/13/2020


Apa yang berlaku sebenarnya? Apa yang diserahkan Presiden PKR kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah sebenarnya?

Persoalan ini timbul apabila Berita Harian ada naikkan satu berita yang menyatakan pihak Istana Negara tidak menerima sebarang bukti sokongan Ahli Parlimen dari Anwar Ibrahim seperti yang didakwa.

Ini selepas Anwar Ibrahim hanya mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberikan sokongan kepada beliau tanpa memberikan sebarang bukti kukuh.

Disebabkan itu juga, Sultan Abdullah telah menasihatkan Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses perundangan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Apa pula yang akan terjadi selepas ini? Sama-sama kita nantikan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
 


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/13/2020

0 comments:

Loading...