'This is sick!' - Ibu perkosa anak lelakinya sendiri ditahan polis

Posted on Sunday, October 18, 2020 | 10/18/2020


Seorang wanita di Texas ditahan selepas mengaku mengarahkan anak lelakinya berusia 12 tahun menanggalkan pakaian sebelum diperkosanya di kediaman mereka di Wichita Falls, 2018.


Brittany Rouleau, 34, didakwa melakukan serangan seksual itu dan kini ditahan di penjara Wichita dengan bon jaminan $100,000. 


Menurut mangsa, pada hari kejadian dia baru saja keluar dari bilik mandi dan duduk di atas katil yang dikongsinya bersama dengan ibunya sebelum wanita itu masuk ke dalam bilik. 


Brittany kemudian menanggalkan pakaiannya dan meminta mangsa turut berbuat demikian. 


Mangsa mendakwa, Brittany telah memperkosanya di atas katil sebelum wanita itu meminta dia pergi membersihkan diri. 


Selepas kejadian itu, mangsa pergi tidur di sofa dan sempat memberitahu ibunya bahawa apa yang berlaku itu adalah salah. 


"Jadi, kau pun berada dalam masalah sebab kau terima," kata Brittany yang juga memberi amaran kepada mangsa untuk tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu. 


Dua tahun kemudian, mangsa memaklumkan perkara itu kepada penjaganya dan terus membawa dia ke balai polis untuk membuat laporan. 


Mangsa dibawa ke Patsy's House Child Advocacy Center di mana mangsa sekali lagi mengulangi pertuduhan tersebut. 


Tidak lama kemudian, Brittany ditahan polis. Brittany pada awalnya menafikan dakwaan itu. Tetapi selepas diasak, akhirnya dia mengaku. 


Brittany juga dilaporkan pernah memberitahu kejadian itu kepada jirannya dua tahun lalu. 


Semakan rekod mendapati, Brittany pernah ditahan kerana memandu melebihi had laju dan membuat laporan palsu. 


Sumber: Daily Mail



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/18/2020

0 comments:

Loading...