Ubah Gambar Dr Noor Hisham Tidak Pakai Seluar Ketika Sidang Media, Polis Buka Kertas Siasatan Ke Atas MGAG

Posted on Thursday, October 08, 2020 | 10/08/2020



Baru-baru ini, ada satu gambar tular di media sosial yang menunjukkan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sedang mengadakan sidang media di rumah dengan hanya memakai seluar dalam dan kain pelikatnya. Kurang ajar betul, nak buat lawak pun berpada-pada jugalah. 

Setelah sedar dengan pelbagai reaksi negatif dari netizen, MGAG telahpun memadam posting tersebut dan mereka dahpun meminta maaf dan mengatakan hanya ingin selitkan gurauan dalam situasi yang agak tegang ketika ini.

Kalau korang nak tahu, polis telah membuka kertas siasatan ke atas akaun Facebook MGAG yang telah sebarkan gambar aib Ketua Pengarah Kesihatan tersebut. Menurut laporan Harian Metro, kertas siasatan ini dibuka atas laporan yang telah dibuat di Senawang mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998. 

Jangan ingat lawak yang korang buat tu akan diterima semua orang. Fikir jauh sikit supaya tidak memudaratkan diri kelak. Apapun, diucapkan terima kasih kepada Dr Hisham kerana sehingga sekarang tidak pernah berputus asa menjalankan tugas dan semoga akan terus kuat berkhidmat demi Malaysia.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca polis buka kertas siasatan di Facebook Oh! Media.

Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/08/2020

0 comments:

Loading...