Ular sawa kekenyangan selepas telan babi ditemui lepak di tepi parit

Posted on Friday, October 09, 2020 | 10/09/2020


Seekor ular sawa ditemui di dalam parit di tepi jalan di Kampung Parit Semo, Ayer Hitam, jam 4.18 petang Jumaat (9/10/2020).


Lelaki berusia 40-an itu kemudian menghubungi bomba dan seramai tujuh anggota bersama dengan sebuah jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam dikerahkan ke lokasi. 


Ketua Operasi BBP Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II, Shalneeraj Abdullah berkata, sebaik saja anggotanya tiba mereka mendapat ada seekor ular sawa berada dalam parit di tepi jalan menuju ke rumah penduduk. 


Ular sawa itu yang dipercayai kekenyangan selepas menelan babi berjaya ditangkap dengan menggunakan penjerut dalam tempoh tujuh minit. 


Reptilia yang mempunyai panjang tujuh meter dan berat 100 kilogram itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor. 


Sumber: Sinar Harian



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/09/2020

0 comments:

Loading...