(Video) 'Aku dah cakap, jangan cabar kesabaran aku' - Remaja lelaki dibuli 2 samseng di PPR Kampung Muhibbah

Posted on Thursday, October 08, 2020 | 10/08/2020


Lagi video kes buli viral di media sosial dan kes kali ini dikatakan berlaku sebuah taman rekreasi yang membabitkan lima remaja lelaki. 


Menurut sumber, kejadian itu berlaku di kawasan taman rekreasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Blok B, Kampung Muhibbah Puchong. 


Berdasarkan video berdurasi 30 saat itu menunjukkan seorang mangsa dimarahi oleh suspek berbaju putih berambut perang yang dipercayai berpunca dari perselisihan faham di antara mereka. 


Hal itu sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara yang baik, tetapi naluri samseng tahi kucing yang melanda dalam diri suspek itu membuatkan dia memilih untuk bertindak ganas dengan memukul bahagian telinga kanan mangsa, sambil diperhatikan rakan-rakannya.


Tidak cukup dengan itu, rakan suspek berbaju merah juga tidak melepaskan peluang menampar dan menyepak telinga kiri mangsa beberapa kali. 


Suspek pertama bertindak lebih agresif menendang telinga kiri dan kanan mangsa bagaikan tidak memikirkan kesan dan akibat dari perbuatannya itu yang boleh menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian telinga dan kepala mangsa (pekak dan kecederaan otak akibat gegaran kuat). 


Suspek: "Betul tak apa aku cakap dengan kau? Aku cakap jangan cabar kesabaran aku? Betul kan?" 


Mangsa: "Betul.." 


Suspek: "Habis tu kenapa cabar kesabaran aku?" 


Mangsa: "Mana ada." 


Sepanjang kejadian itu, mangsa langsung tidak melawan dan terpaksa membiarkan suspek memperlakukannya seperti 'punching bag'.


Video yang dirakam oleh rakan suspek itu kemudian diviralkan di media sosial dan kini netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat video itu agar dua suspek terbabit dikenakan tindakan undang-undang. 



Sumber: Jan Janice




Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/08/2020

0 comments:

Loading...