(Video) 'Brek tak mamam katanya' - 10 kereta rosak dirempuh 4 x 4

Posted on Saturday, October 03, 2020 | 10/03/2020


Sebanyak 10 buah kenderaan mengalami pelbagai kerosakan gara-gara sebuah pacuan empat roda mengalami masalah brek dan hilang kawalan di Jalan Raja Musa Aziz di sini, pagi tadi. 


Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata dalam kejadian pada pukul 11.50 pagi itu, sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki melalui jalan sehala tersebut untuk ke tempat kerja di sebuah restoran di sini.


Katanya ketika melalui jalan empat lorong itu, brek kenderaan tersebut tiba-tiba tidak berfungsi sebelum hilang kawalan lalu merempuh sebuah Perodua Myvi di hadapannya yang sedang berhenti kerana lampu isyarat merah. 


"Akibat itu, Toyota Hilux tersebut dan Myvi berkenaan terus merempuh beberapa kenderaan lain di hadapan, kiri dan kanan jalan. Kenderaan yang dirempuh dan gagal mengelak turut merempuh kenderaan lain. 


"Kenderaan yang terlibat adalah sebuah Toyota Camry, Toyota Avanza, Honda City, Perodua Kenari, Toyota Unser, Proton Waja, Toyota Vellfire dan dua Perodua Axia yang semuanya mengalami pelbagai kerosakan termasuk bonet remuk," katanya ketika dihubungi di sini hari selepas insiden itu tular di media sosial. 


Menurut A. Asmadi tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan polis telah merakam keterangan semua pemandu terlibat, manakala pemandu Hilux dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk ujian darah bagi mengesan kandungan alkohol dan dadah.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Sumber: Bernama



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/03/2020

0 comments:

Loading...