(Video) Cleaner minum air jamban untuk buktikan kepada boss, dia buat kerja dengan cemerlang

Posted on Wednesday, October 14, 2020 | 10/14/2020


Seorang pekerja pembersihan di China sanggup menelan air dicedoknya dari mangkuk tandas yang telah dicucinya bagi membuktikan komitmen kerja yang tinggi. 


Wanita itu sanggup berbuat demikian semata-mata mahu menunjuk kepada pihak atasan bahawa dia telah menjalankan tugasnya dengan baik. Hasilnya, dia dipuji oleh majikan dan dijadikan sebagai pekerja contoh. 


Klip video berdurasi 32 saat itu mula tersebar di media sosial China (Weibo) yang jelas menunjukkan wanita berkenaan mencedok air dari mangkuk tandas menggunakan cawan kecil sebelum meneguknya di hadapan beberapa individu lain, termasuk penyelianya. 


Dia kemudian menjelaskan bahawa, itu adalah cara bagi mendorong diri dia bekerja dengan lebih keras. 


Video itu dpercayai dirakam di sebuah syarikat baja di Shandong, yang juga mengundang pelbagai reaksi netizen mempertikaikan keperluan dia untuk berbuat sedemikian, yang disifatkan agak melampau. 


"Tidak wajar korang (syarikat berkenaan) mempromosi benda-benda macam ni semasa pandemik Covid-19," kata netizen. 


Ada juga yang mendakwa wanita itu telah dipaksa untuk melakukan perkara menjijikkan itu. Tetapi dakwaan tersebut telah dinafikan oleh syarikat berkenaan yang tampil menjelaskan, wanita itu melakukannya di atas kehendaknya sendiri. 


Bercakap kepada Red Star News, syarikat Zhong Cheng Fertiliser Technology Company memuji kesungguhan pekerja terbabit yang dikenali sebagai Luo. Pihaknya percaya video itu telah dimuat naik oleh klien mereka yang menganggap perbuatan Luo itu agak pelik. 


Jurucakap syarikat itu mendakwa, Luo telah minum air tandas hampir dua tahun lalu untuk mendorong dirinya bekerja lebih kuat. Dalam masa yang sama, syarikat itu menggesa semua kakitangannya mencontohi Luo. 



Sumber: Daily Mail



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 10/14/2020

0 comments:

Loading...