(Video) Juara Bertahan Kena Belasah Di Villa Park

Posted on Monday, October 05, 2020 | 10/05/2020


Nasib malang menimpa juara bertahan EPL, Liverpool selepas dibelasah oleh Aston Villa 7-2 di Stadium Villa Park. Liverpool yang turun tanpa penjaga gol utama, Alisson nyata memberi kesan yang mendalam selepas dibolosi seawal minit ke-4 hasil kesilapan Adrian.

 

Aston Villa berjaya menambah gol kedua menerusi Watkins pada minit ke-22 sebelum Mohamed Salah kembali merapatkan kedudukan 2-1 untuk Liverpool. Walaubagaimanapun, Aston Villa terus menutup harapan Liverpool untuk mencuri 3 mata penuh selepas menjaringkan lagi 3 gol menerusi McGinn dan Watkins. Untuk pengetahuan korang, Watkins berjaya mencatat Hatrik dalam perlawanan ini.

     
Liverpool nampak tidak berputus asa selepas Salah berjaya mendapatkan gol kedua peribadi dalam perlawanan ini. Ayam tambatan Aston Villa, Jack Grealish meneruskan pesta gol tuan rumah selepas menyumbat lagi 2 gol untuk memastikan kemenangan besar Aston Villa dalam perlawanan ini.

 

OHMEDIA: LIVERPOOL PERLU MENCARI PENJAGA GOL YANG MAMPU MENGGALAS TUGAS DENGAN BAIK JIKA ALISSON TIDAK BERAKSI

+ Baca respon pembaca Juara Bertahan Kena Belasah Di Villa Park di Facebook Oh! Media


Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/05/2020

0 comments:

Loading...