(Video) Luqman Hakim Kini Secara Rasmi Di FIFA21

Posted on Saturday, October 03, 2020 | 10/03/2020




Berita baik buat semua Gamers di mana FIFA21 akan dilancarkan pada 9 Oktober ini di platform PS4, PC dan Xbox One. Untuk pengetahuan korang, FIFA21 boleh dimainkan 3 hari lebih awal dari tarikh pelancaran untuk versi Champions Edition dan Ultimate Edition.

     
Paling mencuri tumpuan adalah kelibat penyerang muda negara, Luqman Hakim yang muncul dalam FIFA21 bersama KV Kortrijk. Ohmedia yakin ramai yang tidak sabar untuk menggunakan Luqman yang kini sedang berkelana di eropah bersama sebuah kelab di Liga Belgium.

    
Selain itu, FIFA21 pada tahun ini hadir dengan beberapa mode yang menarik seperti FIFA Ultimate Team (FUT), Pro Clubs, Career Mode dan VOLTA Football yang boleh dimainkan secara online bersama sahabat korang. FIFA21 juga boleh di upgrade dari PS4 ke PS5 secara percuma selepas EA memperkenalkan Dual Entitlement.

 
          

OHMEDIA : SEMOGA KORANG ENJOY DENGAN GAME FIFA21 TANPA MEROSAKKAN JOYSTICK 

Kredit: Gamesbond

+ Baca respon pembaca Luqman Hakim kini secara rasmi di FIFA21 di Facebook Oh! Media






Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/03/2020

0 comments:

Loading...