Warga Emas Cuba Sorok 'Gelang Pink' Dengan Lilitan Kain Putih Ditahan

Posted on Monday, October 05, 2020 | 10/05/2020



Sudah banyak kali diingatkan, tapi masih ada lagi yang berdegil! Semalam seorang warga emas ditahan polis dekat Damansara Damai apabila mendapati dirinya memakai gelang pink dan telah melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan. 

Orang awam yang nampak kelibat lelaki yang memakai gelang Kementerian Kesihatan Malaysia terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis. Semasa kejadian, lelaki itu didapati cuba sorok gelang KKM yang dipakainya dengan menggunakan kain putih supaya orang lain tidak dapat mengesan kesalahannya itu.

Lelaki yang dipercayai baru pulang dari Sabah yang sepatutnya menjalani kuarantin sehingga 11 Oktober itu ditahan selepas anggota menerima aduan dan terus ke lokasi kejadian. Janganlah menyusahkan orang lain, nanti tak pasal-pasal kes makin melonjak naik disebabkan individu yang berperangai macam ni.

Kredit: Harian Metro




Sumber: Oh! Media
Blog, Updated at: 10/05/2020

0 comments:

Loading...