17 tahun tinggal bersama, remaja baru tersedar bapa angkat adalah pembunuh ibu bapa kandungnya

Posted on Wednesday, November 18, 2020 | 11/18/2020



Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun telah dipertemukan kembali dengan keluarganya selepas 18 tahun dilaporkan hilang dari rumah di mana ibu bapanya telah dibunuh dan bapa angkatnya dikenalpasti sebagai suspek utama dalam pembunuhan itu. 


Pada tahun 2001, pasangan Chen dipukul sehingga mati di rumah mereka di sebuah kampung di Shangfengshan, berdekatan bandar Xinyang, wilayah Henan, China. 


Apabila polis tiba di tempat kejadian, mereka mendapati suami isteri itu terbaring berlumuran darah dan tidak bernyawa. Malah anak mereka yang berusia satu tahun juga tidak ditemui di kawasan kejadian. 


"Apabila kami tiba di lokasi kejadian, hari sudah gelap. Tetapi saya perasan terdapat banyak kesan darah di mana-mana dan dua mangsa telah meninggal dunia," kata Chen Congjun, pegawai polis yang terbabit dalam siasatan kes itu. 


Pemeriksaan juga mendapati tiada sebarang kesan rumah dipecah masuk. Chen dan rakan setugasnya berpendapat pasangan itu mungkin mengenali suspek dan kanak-kanak itu telah diculik. 


Selama 17 tahun tidak diketahui ke mana hilangnya kanak-kanak itu dan identiti suspek juga tidak diketahui. 


Sehinggalah pada tahun 2018, polis mendapati keputusan ujian DNA menunjukkan keputusan positif di mana ahli saudara pasangan itu sama dengan remaja berkenaan yang tinggal di Kaifeng, Henan. 


Anggota polis dari Xinyang berkata, siasatan mereka menunjukkan remaja itu telah diambil menjadi anak angkat dan berkemungkinan dia adalah kanak-kanak yang dilaporkan hilang pada tahun 2001. 


Perkara itu disahkan selepas pihak berkuasa menyoal siasat remaja berkenaan dan melakukan ujian DNA sekali lagi untuk pengesahan kali kedua. 


Polis kemudian mula menyiasat bapa angkat remaja itu yang dikenalpasti sebagai Doktor Zhang yang bekerja di kawasan luar bandar. Semakan rekod kerja juga mendedahkan Zhang bekerja di Shangfengshan pada tahun 2001, di mana pasangan Chen dibunuh, sekali gus dia disyaki sebagai suspek utama kes itu. 


Bagaimanapun, Zhang tidak mengaku terbabit dalam kes itu dan telah ditahan untuk siasatan lanjut dan kini sedang menunggu masa untuk dibicarakan di mahkamah. 


Selepas suspek ditahan, remaja itu berpindah dan tinggal bersama dengan ahli saudaranya.


Sumber: Asia One



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 11/18/2020

0 comments:

Loading...