'Frontliner dapat RM500, Jasa dapat RM81 juta' - Netizen luah rasa tidak puas hati terhadap peruntukan yang dianggap tidak wajar

Posted on Friday, November 06, 2020 | 11/06/2020



Unit Propaganda kerajaan atau nama khasnya Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dihidupkan kembali oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah Belanjawan 2021 yang baru dibentangkan dengan peruntukan RM85.5 juta. 


Peruntukan untuk JASA itu disalurkan di bawah belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), yang disiar secara terbuka di laman web Kementerian Kewangan. 


Terdapat dua peruntukan untuk unit propaganda kerajaan itu di bawah belanjawan komunikasi strategi dan peruntukan kedua sebanyak RM81.5 juta di bawah dasar baru. 


Jumlah keseluruhannya, RM85. juta adalah peningkatan tinggi berbanding RM30 juta yang diperuntukkan kepada jabatan itu oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Belanjawan 2018. 


Unit propaganda kerajaan itu dimansuhkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan. 


Sementara itu, beberapa Ahli Parlimen pembangkan mempertikaikan jumlah yang diperuntukkan itu. Syed Saddiq melalui Twitternya menyifatkan jumlah peruntukan besar diberikan kepada JASA itu lebih tidak relevan, sedangkan peruntukan bagi membaik pulih sekolah daif dikurangkan kepada RM58 juta dan peruntukan bagi Kesihatan Mental pula hanya RM24 juta. 


"Malangnya, peruntukan baik pulih sekolah daif dikurangkan RM58 juta. Peruntukkan kesihatan mental hanya RM24 juta. Bersiap sedialah untuk dihujani 'Cytros'," tulisnya. 


Sementara di Twitter juga netizen meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap pemberian peruntukkan besar itu kepada JASA. Rata-rata netizen berpendapat, jumlah itu lebih afdal disalurkan kepada sektor kesihatan dan frontlinter lain yang berkaitan selama ini yang bertungkus lumus menyelamatkan pesakit Covid-19.


Apa pandangan anda? Kongsikan di ruangan komen Facebook dan Instagram The Reporter.

Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 11/06/2020

0 comments:

Loading...