Geng Transgender belasah remaja selepas diberitahu mereka perlukan alat kemaluan wanita untuk jadi wanita sebenar

Posted on Saturday, November 21, 2020 | 11/21/2020



Sekumpulan pondan mabuk dilaporkan membelasah seorang remaja lelaki di luar stesen Leicester Square, London, bebas dari hukuman penjara. 


Tamnsin Lush, 29, Tylah Jo Bryan dan Amarnih Lewis-Daniel, masing-masing berusia 24 tahun, telah membelasah remaja lelaki berusia 19 tahun itu selepas mangsa memberitahu mereka perlukan alat kemaluan wanita untuk menjadi wanita yang sebenar. 


Lush menendang mangsa yang dikenali sebagai Al Shaheeb sebelum Hannah Bryan, 24, ibu kepada empat anak dan rakan transgendernya turut serta membelasah mangsa. 


Pendakwa Raya Jacinta Stringer berkata, mangsa tidak memberi keterangan kepada polis atau kerjasama selepas kejadian itu berlaku. Mangsa juga dikatakan melempar kata-kata rasis terhadap Hannah Bryan dengan memanggilnya 'black c***' semasa insiden itu berlaku pada jam 2.15 pagi, 24 Jun 2018. 


"Dia berusia 19 tahun dan digambarkan sebagai orang Arab, pergi menemui tertuduh di luar stesen Leceister Square dan memaklumkan kepada mereka bahawa mereka memerlukan alat kemaluan wanita untuk menjadi wanita yang sebenar. 


"Kata-kata itu menyebabkan tertuduh berang. Tamsin Lush terus menendang Al-Shaheeb sehingga terjatuh sebelum dua rakannya turut serta membelasahnya," kata Stringer. 


Mangsa yang mengalami kecederaan termasuk matanya lebam dibawah ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 


Hakim Nigel Seed berkata, meskipun perbuatan remaja itu salah dan tidak memberi keterangan mahupun kerjasama kepada pihak polis untuk melakukan siasatan kerana tahu perbuatan dirinya itu adalah salah, itu tidak bermakna apa yang dilakukan oleh empat tertuduh itu adalah betul. 


Nigel bersetuju keempat-empat tertuduh tidak sepatutnya menjadi subjek penghinaan di tempat awam, tetapi perbuatan mereka membelasah mangsa adalah salah.



Lush, Lewis Daniel dan Tylah-Jo Bryan, mengaku membelasah mangsa. Ketiga-tiga mereka dikenakan hukuman perintah berkurung selama enam bulan bermula dari jam 9 malam hingga 7 pagi. 


Lewis Daniel juga diperintah untuk menyelesaikan aktiviti pemulihan termasuk mengawal kemarahannya. Manakala Tylah-Jo Bryan diperintah menjalani khidmat komuniti selama 12 bulan. 


Sementara itu, Hannah Bryan mengaku bersalah kerana menyebabkan ketakutan dan provokasi keeganasan diberi pembebasan bersyarat selama dua tahun. - Daily Mail



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 11/21/2020

0 comments:

Loading...