'Ini semua laki aku punya pasal' - Wanita ugut terjun bunuh diri, kesal suami abai tanggungjawab

Posted on Tuesday, November 10, 2020 | 11/10/2020



Tindakan seorang wanita berusia lingkungan 40-an berdiri di tepi belabas jambatan dipercayai mahu membunuh diri menggemparkan warga penduduk yang kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4 petang, 25 Jun 2020 di Hanoi, Vietnam, orang ramai berkumpul di sekitar Jambatan Chuong Duong dan cuba memujuk wanita berkenaan untuk tidak terjun membunuh diri. 


Tidak beberapa lama kemudian, pihak berkuasa tiba di lokasi dan meminta orang ramai memberi kerjasama untuk menjauhkan diri dari tempat kejadian agar mereka dapat menjalankan tugas. 


Polis turut menghubungi ahli keluarga mangsa untuk datang ke lokasi bagi memujuk dan menasihati wanita itu membatalkan hasratnya serta kembali ke pangkuan keluarga. Malangnya usaha mereka juga menemui kegagalan. 



Insiden itu sudah berlangsung hampir dua jam, keadaan trafik di jambatan juga menjadi sesak teruk. Keadaan itu memaksa pihak berkuasa tiada pilihan lain dan bertindak menggunakan tali menahan wanita itu dari terjun, lalu menahannya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Long Bien. 


Siasatan awal mendapati, wanita berkenaan berusia 52 tahun dikenali sebagai Puan T, berniat untuk terjun bunuh diri dari jambatan tersebut kerana kecewa dengan suaminya yang keluar dari rumah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai anak dan menyebabkan dia terpaksa menjaga bapa mertua yang tidak sihat seorang diri.


Kecewa dengan perangai suaminya, Puan T pergi ke jambatan tersebut untuk membunuh diri agar suaminya berasa bersalah. 


Artikel disiarkan berikutan ada yang bertanya apa yang berlaku pada wanita itu, susulan viral di media sosial tempatan yang mengatakan mangsa menangguhkan hasratnya untuk terjun sungai selepas rakan lamanya datang ke lokasi kejadian untuk bersembang. 


Sumber: Petro Times



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 11/10/2020

0 comments:

Loading...