'Padu & keras body Proton X50 ni' - Netizen terkedu tengok Waja remuk teruk berbanding X50 hanya alami 'kecederaan ringan'

Posted on Monday, November 02, 2020 | 11/02/2020



Model kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 meraih sambutan yang luar biasa sejak diperkenalkan pada 27 Oktober lalu. Setakat akhir bulan lalu, pihak Proton telah menerima 27,400 tempahan, melebihi jumlah yang disasarkan oleh Proton.


Proton X50 hadir dengan empat varian yang ditawarkan dengan harga permulaan RM79,200. Selain spesifikasi mantap di bahagian enjin 1.5 liter turbo, ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang diperlukan pada masa ini. 


Viral di media sosial hari ini, gambar sebuah Proton X50 berwarna merah yang dipercayai sedang dipandu uji di jalan raya terbabit dalam kemalangan dengan 'saudara' lamanya. 


Menurut sumber, kemalangan yang membabitkan Proton X50 dengan Proton Waja itu berlaku pada Isnin, 2 November 2020 di kawasan berhampiran AEON Kepong.


Apa yang mengejutkan netizen adalah, impak pelanggaran tersebut tidak memberi kerosakan yang teruk pada bahagian belakang X50. Sebalik, Waja mengalami keremukan yang agak teruk di bahagian hadapan. 


Di media sosial, netizen mula memuji daya ketahanan casis X50 dan kejadian itu sedikit sebanyak menimbulkan keinginan mereka untuk memilih Proton X50 berbanding SUV lain. 



Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 11/02/2020

0 comments:

Loading...