Pelanggan bank dikompaun RM1,000 selepas polis tidak menemui rekod pendaftaran masuk dalam aplikasi MySejahtera

Posted on Wednesday, November 04, 2020 | 11/04/2020



Seorang lelaki berusia 31 tahun dikenakan kompaun RM1,000 selepas anggota polis tidak menemui sebarang rekod pendaftaran masuk di dalam aplikasi MySejahtera, sebelum dia masuk ke sebuah bank di Kepong, baru-baru ini.


Lapor Oriental Daily, lelaki itu menjelaskan dia ada menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengimbas kod QR sebelum masuk ke premis itu pada jam 6 petang. Namun ketika dia melangkah keluar dari bank, datang seorang anggota polis yang bertindak menahan dan meminta kebenaran untuk menyemak rekod daftar masuk di aplikasi MySejahtera. 


Bagaimanapun, tiada sebarang rekod kemasukan ke bank itu ditemui dan anggota terbabit mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepadanya. 


Rakan pengadu menegaskan, dia melihat dengan matanya sendiri yang pengadu telah menggunakan aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke bank tersebut. Dia percaya rakannya tidak bersalah dan ketiadaan rekod pendaftaran itu mungkin disebabkan oleh aplikasi itu sendiri yang mengalami keralatan yang berkaitan dengan sambungan internet. 


Dia juga menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati selepas ini dan biasakan diri memeriksa rekod pendaftaran di aplikasi MySejahtera bagi mengelakkan kejadian yang sama menimpa kawannya berulang kembali. 


"Bukan hanya kawan saya yang kena, tetapi ada seorang warga emas sama ada dia tidak memiliki telefon bimbit atau tidak menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengimbas kod tersebut dikenakan kompaun RM1,000. 


"Bukan semua warga emas yang tahu menggunakan telefon bimbit mahupun aplikasi MySejahtera untuk mendaftar masuk. Pihak bank sendiri gagal menyediakan buku pendaftaran masuk untuk diisi secara manual oleh golongan warga emas yang berurusan di remisnya," katanya.


Sementara itu, Pusat Khidmat Masyarakat Kepong, Yee Poh Ping menggesa pihak berwajib mengambil makluma mengenai isu ini dan memastikan pihak bank menyediakan buku pendaftaran masuk untuk diisi secara manusla dan mesin pengukur suhu di luar waktu pejabat sekiranya orang dapat masuk dan mendaftar diri sendiri sekiranya tiada petugas berada di kawasan itu. 


Selain itu, Yee juga percaya polis perlu lebih fleksibel dalam menangani kes-kes yang berbeza dan mendengar dulu penjelasan orang awam sebelu mengeluarkan kompaun tersebut. 


Sumber: Oriental Daily, World of Buzz




Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 11/04/2020

0 comments:

Loading...