Polis tahan lelaki rogol gadis berusia 15 tahun, 10 kali di kebun

Posted on Tuesday, November 03, 2020 | 11/03/2020



Seorang lelaki berusia 23 tahun berdepan dengan hukuman penjara minimum 5 tahun dan maksimum 15 tahun kerana merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.


Suspek didakwa merogol mangsa sebanyak 10 kali dan perbuatan itu dilakukan di tempat dan waktu yang berbeza di Kepulauan Bangka Belitung, Indonesia. Akibat dari perbuatannya itu, suspek ditahan polis pada Selasa, 27 Oktober 2020. 


Siasatan awal polis mendapati, suspek terdahulu melamar mangsa menjadi teman wanitanya. Cair dengan kata-kata suspek, mangsa akhirnya bersetuju sehingga rela memberi mahkotanya kepada suspek. 


Bagaimanapun, perbuatan suspek terbongkar selepas abang mangsa berasa curiga dengan perbualan adiknya dengan suspek di aplikasi WhatsApp. Ketika dibaca, suspek dan mangsa berbual mengenai hubungan intim yang telah mereka lakukan. 


Geram dengan apa yang dibaca, abang mangsa terus membuat laporan polis. Bertindak di atas laporan itu, polis terus mencari dan menahan suspek yang kemudian mengaku perbuatannya itu serta menunjukkan lokasi kejadian tersebut. 


Ketua Polis Daerah Lubuk Besar, Muhammad Boy Akbar berkata, suspek dan mangsa merupakan pasangan kekasih di mana suspek merayu dan mengajak mangsa melakukan hubungan intim. 


"Menurut suspek, dia dan mangsa yang masih di bawah umur itu sudah melakukannya sebanyak 10 kali di tempat dan waktu yang berbeza. Bermula dari rumah suspek, rumah mangsa dan di kawasan kebun serta ladang kelapa sawit," katanya. 


Ekoran itu, suspek dihadapkan ke mahkamah dan kini berdepan dengan hukuman penjara minima 5 tahun dan maksimum 15 tahun atas kesalahan merogol gadis bawah umur.


Sumber: Agensi



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 11/03/2020

0 comments:

Loading...