Remaja maut disambar petir ketika sedang asyik mendengar lagu di handphone

Posted on Tuesday, November 10, 2020 | 11/10/2020



Menggunakan telefon bimbit di bilik tidak menjamin seseorang itu selamat dari kemungkinan disambar petir. Ini berikutan berlakunya satu kes di mana seorang remaja lelaki meninggal dunia akibat disambar petir ketika sedang asyik mendengar lagu di telefon bimbitnya di dalam bilik pada 8 November 2020. 


Kejadian itu berlaku di Daerah Purbalingga, Jawa Tengah, Indonesia dan mangsa yang meninggal dunia akibat insiden yang tidak disangkakan itu bernama Hendra Prayoga, berusia 15 tahun. 


Berdasarkan keterangan dari rakan mangsa, Bayu Nur Priyanto, 16, berkata, sebelum kejadian itu cuaca di luar rumah hujan lebat disertai dengan petir. Bayu datang ke rumah mangsa dan kedua-duanya melepak di bilik sambil mendengar lagu. 


"Ketika itu, mangsa dan rakannya sedang mendengar muzik melalui handphone. Tiba-tiba petir menyambar handphone menyebabkan mangsa dan rakannya terkejut sehingga handphone turut terpelanting," kata Ketua Polis Daerah Kutasari (Purbalingga), Agus Amjat Purnomo. 


Selepas kejadian itu, Bayu sempat menangis dan memeluk Hendra serta menjerit meminta tolong. Mangsa pada ketika itu masih hidup tetapi dalam keadaan kritikal. Terdengar jeritan Bayu, ibu bapa Hendra terus datang masuk ke bilik.


Mangsa dikejarkan ke hospital sebelum dirujuk ke Hospital Siaga Medika Purbalingga. Namun tidak sempat diselamatkan dan disahkan telah meninggal dunia. 


Sumber: Agensi



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 11/10/2020

0 comments:

Loading...