'Seboleh mungkin, jangan sentuh wang itu' - Kerajaan kaji cadangan benarkan pencarum keluarkan dana dari Akaun 1 KWSP

Posted on Wednesday, November 04, 2020 | 11/04/2020



Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan cadangan bagi membenarkan pencarum yang terjejas akibat pandemik Covid-19 mengeluarkan dana dari akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang dikaji. 


Muhyiddin berkata, beliau telah berbincang dengan Kementerian Kewangan dan pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan tersebut. 


"Kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan untuk pencarum yang benar-benar memerlukan untuk mengeluarkan peruntukan daripada akaun satu. 


"Sama ada mereka ini boleh kita benarkan untuk keluarkan peruntukan dari akaun satu - yang biasanya kita tahu ia adalah untuk jangka masa panjang apabila umur mereka sudah tua atau apabila tidak ada duit. Jadi reaksi awal kita adalah seboleh meungkin, jangan sentuh wang itu. 


"Ya, mereka menghadapi keadaan yang amat susah, sebab itu belanjawan nanti kalau ditunggu mungkin ada pemberian dan bantuan yang kerajaan sampaikan. 


"Kalau itu dianggap memadai, tidak perlu keluarkan wang yang telah disimpan (akaun 1 KWSP) itu," katanya. 


Jelas Muhyiddin, kerajaan sudah melaksanakan kelonggaran berhubung KWSP khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan daripada 11 peratus kepada 7 peratus dan juga i-Lestari yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 sebanyak RM6,000 seorang. 


Muhyiddin akan membentangkan Belanjawan 2021 pada 6 November ini. 


Sumber: Bernama, Astro Awani



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 11/04/2020

0 comments:

Loading...