'Tadi dia ada di belakang saya' - Rider terkejut, penumpang di belakangnya hilang tiba-tiba

Posted on Tuesday, November 17, 2020 | 11/17/2020



Viral di laman TikTok kisah mistik yang dialami oleh seorang wanita bernama Rinda Hajid yang dilaluinya pada Sabtu, 14 Mac 2020 di mana ketika itu dia membuat pesanan Ojek melalui aplikasi di telefon pintarnya untuk menghantar barang kepada pelanggan. 


Tidak beberapa lama kemudian, rider Ojek tiba di rumahnya untuk mengambil barang. Selepas 15 minit kemudian kira-kira jam 7.30 malam, rider itu datang semula ke rumahnya.


Rinda menjadi hairan kerana dia tidak memesan perkhidmatan Ojek, tetapi dia tetap keluar untuk bertemu dengan rider berkenaan yang sudah berhenti di depan rumahnya. 


"Encik nak hantar atau ambil barang? Dari mana?" soal Rinda kerana setiap hari dia memang sering menggunakan perkhidmatan Ojek untuk mengambil dan menghantar barang untuk pelanggannya. 


Kemudian rider itu memaklumkan dia menghantar penumpang yang mahu ke rumah Rinda. Kata-kata rider itu membuatkan Rinda terus hairan kerana ketika itu hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ. Rider itu juga menunjuk dan melihat ke belakangnya, tetapi tiada! Penumpangnya sudah tiada di belakang!


"Rider itu sendiri terkejut kerana di belakangnya tiada orang. Dia kata, sebelum itu ada penumpang di belakang dan bertambah anehnya, 'penumpang' itu juga telah membayar perkhidmatannya secara tunai," kata Rinda. 


Mendengar penjelasan rider itu, Rinda terus menjerit ketakutan sehingga menyebabkan rakan serumahnya terus keluar untuk melihat apa yang berlaku di hadapan rumah. Bahkan, rider itu juga memeriksa log pesanan di telefon bimbit, dan memang jelas ada pesanan yang dibuat oleh 'penumpang' itu ke rumah Rinda. 


Rakan-rakan serumah Rinda mula mencari orang yang dikatakan oleh rider itu kerana beranggapan muka 'penumpang' itu telah lari bersembunyi. Namun hasilnya, tiada sesiapa yang ditemui di kawasan itu. Mereka kemudian bertanya kepada ustaz yang tinggal berhampiran di rumah. 


Menurut ustaz berkenaan, rumah mereka sememangnya telah didatangi oleh 'tetamu' yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan makhluk itu tidak mengganggu mereka. Walaupun begitu, ustaz itu tetap mahu mengusir makhluk itu dari kawasan tersebut, tetapi malangnya makhluk itu enggan pergi. 


@rinda_hajid

sumpah ini nyata q alami. dan aq cerita ini sambil merinding jg. ##fyp ##foryoupage ##tiktokviral ##tiktokindonesia ##masukberanda

♬ Horror atmosphere piano & SE. - Kohrogi


Ada segelintir jiran yang memberitahu makhluk itu tinggal di pokok mangga yang berada di depan rumah Rinda. 


Video kisah mistik itu ditonton lebih dari 309,000 kali dan mengundang banyak komen dari netizen. - Agensi


Korang ada kisah mistik, seram, paranormal sendiri? Hantarkan kisah anda ke emel thereportermyofficial@gmail.com



Sumber : thereporter.my
Blog, Updated at: 11/17/2020

0 comments:

Loading...